LATAR BELAKANG


LATAR BELAKANG DAERAH TONGOD

--> LATAR BELAKANG DAERAH TONGOD

Daerah tongod terletak di tengah-tengah negeri sabah dan bersempadan dengan lapan buah Daerah iaitu Kinabatangan, Lahad datu, Tawau, Nabawan, Keningau, Tambunan, Ranau dan Beluran.

Daerah Tongod dinaiktaraf daripada Daerah kecil kepada Daerah penuh pada tahun 1997 dengan keluasan 3,881.7 batu persegi bersamaan dengan 10,051.75 kilometer persegi. Daerah tongod merupakan Daerah terbesar di Negeri Sabah. Pelan Daerah Tongod diwartakan pada 06hb. Mei 2004 dan berkuatkuasa pada 31hb. Mei 2004 melalui Pelan Daerah Tongod No. 99197698.

Jumlah penduduk Daerah Tongod menurut banci penduduk tahun 2010 ialah sebanyak 36,192 orang. Manakala Pekan Tongod mempunyai kepadatan penduduk 1,700 orang mengikut banci penduduk pada tahun yang sama.

Pada masa ini Perkhidmatan Majlis di Pekan Tongod terletak dibawah Pentadbiran Majlis Daerah Kinabatangan. Jarak diantara Pekan Kota Kinabatangan dengan Pekan Tongod sejauh 136 kilometer.

Keluasan Pekan Tongod menurut Pelan No. 09150016 ialah 542 hektar.


-> TUJUAN PERMOHONAN PENGWUJUDAN DAERAH TONGOD

Memandangkan Kawasan Daerah Tongod adalah terlalu luas serta perhubungan yang agak jauh dengan Majlis Daerah Kinabatangan dan ditambah dengan kemudahan infrastruktur serba kekurangan adalah wajar dan perlu Majlis Daerah Tongod diwujudkan selaras dengan konsep satu Daerah satu Pihak Berkuasa Tempatan. Selain daripada itu untuk membangun Bersama standing dengan Daerah-Daerah lain di Sabah.